Monday, June 28, 2010

Who created this?

Kemurungan. Aku tarifkan kemurungan sebagai satu medium manusia meraung dari dalam. Jauh di sudut sembilan puluh darjah kubikel hati yang kosong. Hati yang tak punya apa-apa untuk diri sendiri bersorak horay.

Masih kosong. Diam.

Manusia takjub dengan materealistik, kuasa, pengikut dan jutaan lagi elemen yang membunuh jiwa apabila kau tidak punya apa-apa.

Apa-apa yang buat orang kagum dan menjulang engkau tinggi-tingi.

Tiada siapa mahu angkat sesiapa yang tak dapat menyumbang kepada kepentingan diri orang lain. Contoh mudah. Tak ramai orang yang mahu mendekati seorang penjaga rumah anak-anak yatim kalau nak dibandingkan dengan seorang usahawan berpangkat besar yang kaki korupsi.

Walaupun nampak penjaga rumah anak-anak yatim lebih mulia.

Tipikalisme manusia. Menjilat sesuatu yang nampak cantik dan manis. Tetapi penuh toksid dan bahan pengawet yang membahayakan diri pada jangka masa panjang.

Terpaksa mengikut arus tipikal manusia. Dan aku tak mampu untuk melawan arus.

Dan ini salah satu sebab untuk aku murung. Meraung dari dalam.